Penapis Air LG Puricare: Bukan sekadar bersih dan selamat

Air bukan sahaja penting diambil atau diminum pada kadar mencukupi setiap hari, malah lebih mustahak daripada itu ia mesti benar-benar bersih. Ini bagi menjamin kesihatan diri dan keluarga secara berkekalan dalam jangka panjang.

Dan, untuk minuman atau sebagai bahan makanan, air tidak wajar diambil terus dari air paip. Ini kerana, air paip sangat terdedah kepada bahaya karat, logam berat dan klorin

Justeru, bagaimana untuk memastikan anda sekeluarga mengambil air bersih sepanjang masa untuk diminum atau dijadikan bahan masakan?

Tidak dapat tidak, ia memerlukan teknologi kerana kerja menghasilkan air bersih dari dalam tanah adalah bukan kerja mudah.

Dan, daripada banyak teknologi yang dicipta bagi menghasilkan air bersih, LG tampaknya lebih terkedepan dan lebih maju. Teknologi yang menghasilkan Penapis Air LG Puricare ternyata bukan sahaja bersaiz kecil, malah sangat berkuasa dalam melakukan kerja pembersihan air.

Tidak hairanlah Penapis Air LG Puricare ini kini berjaya mendapat tempat di setiap sudut ruang kediaman dan pejabat di negara ini.

Apa hebat dan istimewanya Penapis Air LG Puricare? Baca lagi untuk lebih tahu dan faham mengenai keistimewaan Penapis Air LG Puricare ini.

Keistimewaan Penapis Air LG Puricare

Penapis Air LG Puricare ini memiliki tiga tahap sistem penapisan.

Ini menjadikannya mampu menyingkirkan mikro organisma jahat di dalam air.

Ia juga mampu menyingkirkan tujuh logam berat seperti plumbun, merkuri, besi, arsenik, tembaga, kadmium (cadmium) dan aluminium.

Apa beza Water Purifier berbanding Water Filter?

Penapis Air LG Puricare ialah sejenis “sistem purifier”. Apa beza “water purifier” berbanding “water filter”?

Kajian dan pengalaman penggunaan menunjukkan “water purifier” jauh lebih berkesan bagi membuang bahan cemar (contaminants) dari dalam air.

Ini kerana berbanding “water filter”, teknologi yang digunakan oleh “water purifier” sangat menjamin sistem penapisan yang betul-betul bersih serta berkualiti bagi menghasilkan air yang benar-benar selamat diminum.

Mari kenal lebih dekat

Penapis Air LG Puricare ini adalah keluaran LG Electronics Malaysia menggunakan teknologi terkini Korea Selatan. Matlamat utama penghasilan teknologi ini ialah bagi memperolehi air bersih secara maksimum yang dengan itu dapat melindungi kesihatan masyarakat.

Mengapa Penapis Air LG Purifier?

Ada banyak sebab untuk anda memiliki Penapis Air LG Puricare.

Berikut sebahagian daripadanya.

Antaranya dari segi saiz yang sangat kompak tanpa tangki.

Ini memudahkan kerja pemasangan dan penjagaan pada sebarang masa. Malah, disebabkan saiznya yang sangat kompak, anda tidak perlu ruang yang luas untuk menempatkannya di mana-mana sudut kediaman atau pejabat.

Walaupun bersifat kompak dan cilik sahaja, Penapis Air LG Puricare ini mampu menghasilkan air minuman dalam tiga suhu berbeza, iaitu sejuk, panas dan suhu bilik.

Lebih unik, penapis ini dilengkapi “sistem tap & tray” dengan fungsi 180 darjah putaran. Ini sangat memudahkan pengendalian dan pengambilan air walau dari sudut mana sekali pun.

Dengan ini jugalah Penapis Air LG Puricare ini boleh sahaja dipasang secara menegak atau melintang tanpa sebarang masalah.

Satu lagi kekuatan Penapis Air LG Puricare ini ialah tahap kebersihan air yang mampu dijana mesin ini walaupun ia tanpa tangki khusus. Ia ditapis secara terus dari sistem paip.

Ini menjadikannya mampu menghasilkan sistem penapisan anti pembiakan bakteria secara berkesan.

Sistem Penapis Air LG Puricare ini juga tidak menyebabkan berlaku pemanasan secara berulang yang tidak bagus dari segi kesihatan.

Malah penapis ini tidak menggunakan tenaga elektrik tinggi disebabkan sistemnya yang ringan dan ringkas.

Satu lagi ciri unik Penapis Air LG Puricare ini ialah dilengkapi aplikasi Connectivity with SmarThinQ menggunakan sambungan Wi-Fi.

Ini membolehkan pengguna memantau penggunaan air berdasarkan hari, minggu, bulan dan tahun. Malah, pengguna akan menerima notifikasi terus di telefon bimbit.

Hanya muat turun aplikasi berkenaan dan anda dapat pantau semua info berkaitan hanya di hujung jari.

Menariknya, Penapis Air LG Puricare ini dilengkapi fungsi kawalan paparan sesentuh (one touch function).

Ini membolehkan pengguna menetapkan jenis suhu air yang mereka mahukan serta meneliti status penapis menerusi lampu penunjuk yang disediakan.

Bukan sahaja memilih di antara panas dan sejuk, fungsi kawalan paparan sesentuh ini turut membolehkan pengguna membuat pilihan di antara air suam kuku, suam, panas atau sejuk. Hebat!

Penapis Air LG Puricare ini juga mempunyai dua lapisan pensterilan UV pada muncungnya.

Dua lapisan ini berfungsi secara automatik selama lima minit setiap jam. Ia juga dapat dikawal secara manual.

Dan, lebih daripada semua itu ialah sistem servis yang disediakan LG sangat hebat dan aula.

Servis yang disediakan meliputi hingga ke soal penggantian paip dalaman selepas tempoh satu tahun.

Ini bertujuan memastikan kebersihan dalaman penapis berkenaan. Kebanyakan mana-mana jenama penapis air tidak menyediakan servis seperti ini.

Turut terkandung dalam pakej servis Penapis Air LG Puricare ini ialah lawatan servis tiga bulan sekali untuk proses sanitasi produk dan penggantian filter.

Servis selepas pembelian dikenali sebagai sistem Total Service Care 1.2.3 turut disediakan.

Bagaimana mendapatkan produk ini?

Justeru, ditambah dengan ciri harganya yang sangat kompetitif, anda sangat patut serta bijak memiliki satu unit Penapis Air LG Puricare ini.

Bagaimana untuk mendapatnya? Anda boleh mendapatkan produk ini menerusi info di bawah.

WD210AN
Water Purifier
WD512AN
WD515AN
Self Service Water Purifier
WD516AN
Water Purifier
WS410GN
Air Purifier
AS65GDWB0
Air Purifier
AS10GDWB0
Authorized LG Puricare Manager yang SAH & Perunding untuk jenama LG Puricare.
Ahmad Akmal
LG Puricare Manager
Scroll to Top